Cerita Raye Beaute

Raye Beaute bermula sebagai satu kebetulan. Saya ingin berkongsi tentang permulaan saya memulakan syarikat ini.

Saya selalu merumus dan mencipta produk kesihatan untuk kegunaan keluarga saya, dan kadang-kadang akan memberikan kepada kawan rapat saya juga. Oleh kerana pengeluaran terhad, kami sentiasa kehabisan stok. Salah satu pesakit dan juga kawan rapat saya meminta saya membuat produk secara besar-besaran supaya ia dapat memberi manfaat kepada lebih banyak orang dan menyelesaikan masalah kehabisan stok.

Ia bermula sebagai jenaka, saya hanya mencadangkan kepada kawan saya, jika penyewa jiran pindah keluar dari kedai esok, saya akan memulakan dan membiayai syarikat untuk mengeluarkan produk secara besar-besaran. Takdir dari universe, keesokan harinya penyewa mengosongkan pejabat pukul 4 petang.  Boleh dikatakan takdir dan kebetulan, saya sudah janji kepada kawan, syarikat Raye Beaute ditubuhkan.

Tujuan syarikat ini adalah untuk menghasilkan produk kesihatan yang berkualiti.  Semua amalan, cara produk dirumus, dicipta dan diperolehi adalah berdasarkan sumber-sumber semula jadi dan segar.  Produk dirumus supaya lebih senang diserap oleh badan menjadikan badan menyembuh dan memulih sendiri.