
Di seluruh dunia, Siberia terkenal terutamanya kerana musim sejuknya yang panjang dan melampau, dengan suhu purata pada bulan Januari mencecah −25 °C (−13 °F). Kami bangga untuk menyatakan bahawa setelah kajian meluas dilakukan terhadap alam sekitar dan kecergasan hidupan ikan di sana, bekalan utama Kolagen Marin kami adalah dari Rusia. Dua jenis ikan Siberia mendahului dunia dari segi kekayaan asid lemak tidak tepu Omega-3. Kelebihan ini didorong oleh persekitaran musim sejuk yang panjang, ekstrem, dan sejuk, habitat semula jadi, pemakanan, serta kecenderungan genetik. Semua ini merupakan faktor utama yang menjadikan kecergasan ikan-ikan ini jauh lebih tinggi berbanding mana-mana ikan lain di dunia, sehinggakan ia dianggap sebagai hidupan yang mempunyai prestasi tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), asid lemak tidak tepu Omega-3 merupakan antara komponen paling penting dalam diet harian, dan ikan laut dianggap sebagai sumber utamanya. Satu lagi sebab mengapa kami memilih Siberia adalah kerana keadaan sejuk dan ekstrem di sana mengurangkan risiko pertumbuhan bakteria semasa proses pembuatan produk. Malah, kecergasan ikan di sana juga jauh lebih unggul berbanding ikan-ikan lain di dunia. Secara tidak langsung, kami turut membantu memelihara alam sekitar eko kerana kolagen marin kami memanfaatkan hampir keseluruhan bahagian badan ikan tersebut.
Salah satu matlamat kami adalah untuk membantu mewujudkan persekitaran yang lestari di negara berkenaan, selaras dengan langkah kami memperkenalkan produk baharu dalam industri ini. Antara bahan utama dalam kolagen marin kami termasuklah sisik, rawan, dan kulit ikan, yang mana kami tidak menganggapnya sebagai sisa buangan. Melalui proses menggunakan semula bahagian ikan dan mengurangkan sisa ini, ia akan membawa manfaat kepada kelangsungan hidup masyarakat tempatan serta alam sekitar di negara tersebut. Seterusnya, langkah ini secara tidak langsung membantu kita mengurangkan jejak karbon di bumi yang kita diami ini.
Rujukan:
- The Siberian Times oleh Olga Gertcyk, 31 Oktober 2017. https://siberiantimes.com/science/casestudy/news/two-types-of-siberian-fish-lead-the-world-in-richness-of-their-omega-3-polyunsaturated-fatty-acids/
- Advancing Sustainable Fisheries (program di bawah One Earth Future) https://securefisheries.org/news/-fish-reuse-lake-victoria
- https://teelixir.com/products/tremella-mushroom?variant=11727920103466